
TIPS UNTUK MEMILIH FABRIC YANG BAIK
Hi alsara lovers!! Bertemu kembali pada kali ini saya akan berkongsikan dengan anda tips untuk memilih fabrik baju yang baik. Pemilihan Fabrik baju yang baik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada si pemakai malah dapat menaikkan tahap keyakinan anda. Antara tipsnya adalah :
Mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh.
Tidak terlalu ringan mahupun berat.
Tidak terlalu jarang.
Mudah dicuci tangan mahupun mesin.
Tidak mudah berkedut.
Pastikan pemilihan fabrik tidak panas dan mempunyai pengudaraan yang baik.